logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

Nestlé terawal sertai POIS, dipuji polis amal SOP berkesan

Tempatan

SHAH ALAM, 11 JUN: Syarikat pengeluar makanan dan minuman Nestlé (Malaysia) Berhad, Seksyen 15, di sini mendapat pujian pihak berkuasa berikutan amalan tatacara operasi piawai (SOP) berkesan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib menyarankan semua sektor industri perkilangan mencontohi syarikat terkenal itu, lapor Berita Harian.

“Saya berharap kilang industri lain boleh mengikut cara syarikat ini melaksanakan SOP di tempat kerja,” katanya selepas memantau operasi kilang itu hari ini.

Pada 22 Januari lalu, Nestlé menjadi kilang terawal yang memenuhi komponen pencegahan penularan di kawasan titik panas (POIS) bagi mencegah dan mengurangkan kluster tempat kerja.

Kriteria itu meliputi penggunaan platform Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), penubuhan jawatankuasa terdiri daripada beberapa kumpulan kecil dengan fungsi berbeza

reaction1 reaction1
1
views70
comment0
share2
Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1