logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

Am : COVID: Hanya lima kes libatkan jangkitan paru-paru di Sarawak - JPBN

Tempatan

KUCHING, 25 Sept -- Hanya lima daripada 2,712 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melibatkan kes dengan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan memaklumkan baki 2,707 kes lagi sama ada tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, yang menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 196,146.

Selain itu, sebanyak 10 kes kematian baharu akibat wabak itu dilaporkan, iaitu lapan kes dicatatkan antara 17 hingga 23 Sept, manakala dua kes lagi direkodkan pada 24 Sept (semalam), sekali gus menjadikan angka kematian keseluruhan meningkat kepada 749 orang.

Menurut jawatankuasa itu, terdapat satu kluster komuniti diisytihar hari ini iaitu Kluster Julin Dabai yang melibatkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan

reaction1 reaction1
0
views9
comment0
share0

Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1