logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

Bekas Guru Tadika Didakwa Cedera Kanak-Kanak Lelaki Hingga Lebam

Tempatan

KUALA LUMPUR - Seorang bekas guru tadika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang kanak-kanak lelaki, sehingga meninggalkan kesan lebam pada kedua-dua bahu kanak-kanak itu, bulan lepas.

Loh Ke Xuan, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap kanak-kanak lelaki berumur enam tahun 11 bulan di sebuah tadika di Jalan Sri Hartamas 2 di sini antara 8 pagi hingga 5.30 petang, 2 Sept lepas, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan dilarang mengganggu mangsa sehingga kes seles

reaction1 reaction1
1
views11
comment0
share0

Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1