logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

PRN Melaka: SPR Nafi Syarat Vaksin Lengkap Bagi Pemilih

Politik

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan vaksinasi lengkap adalah syarat untuk pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti dilaporkan oleh beberapa agensi media hari ini.

SPR dalam kenyataan hari ini memaklumkan Garis Panduan Pencegahan (SOP) COVID-19 bagi pilihan raya itu masih belum dimuktamad.

Menurut SPR, SOP itu akan berpandukan pandangan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia dari semasa ke semasa. 

Terdahulu, SPR dalam satu sidang media mengumumkan 20 November sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 8 November dan pengundian awal pada 16 November. - Bernama

reaction1 reaction1
1
views41
comment0
share1

Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1