logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

Tohmahan Salah Laku Pegawai PDRM Bukan Perkara Baharu - Azri Ahmad

Tempatan

Datuk Azri Ahmad - Gambar Bernama

KUALA LUMPUR - Tohmahan berkaitan salah laku rasuah membabitkan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan perkara baharu kerana ia kerap kali ditimbulkan, khususnya apabila ada pengosongan ‘kerusi panas’.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Azri Ahmad berkata, senario sebegini kerap berlaku dalam PDRM terutamanya apabila ada ura-ura kenaikan pangkat dalam kalangan pegawai kanan.

Katanya, tindakan menularkan tohmahan dilihat sebagai cubaan mencalarkan imej dan reputasi seseorang pegawai kanan yang berpotensi menerima kenaikan pangkat.

“Jika apa yang ditularkan itu benar, maklumat berkenaan seharusnya dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap dakwaan tersebut, bukannya menularkan perkara itu di media sosial,” katanya

reaction1 reaction1
0
views57
comment1
share2

(1)

1 month ago
Bukan tohmahan tapi memang betul dan dah lama pun

Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1