logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

Nasi ambeng diketengahkan sempena Hari Makanan Sedunia peringkat negeri

Tempatan

BANTING, 16 OKT: Sajian warisan masyarakat Melayu dari etnik Jawa nasi ambeng diketengahkan sempena Hari Makanan Sedunia 2021 peringkat Selangor hari ini.

Nasi ambeng dipilih berikutan makanan itu mempunyai keunikan tersendiri dari aspek ramuan masakan, rasa serta warna, kata EXCO kebudayaan dan warisan.

Borhan Aman Shah menjelaskan makanan tersebut turut melambangkan perpaduan dan ukhuwah dalam kalangan keluarga serta masyarakat di negeri ini.

“Ini adalah usaha Kerajaan Negeri di bawah Padat (Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Selangor) untuk mewartakannya (nasi ambeng) sebagai makanan tradisi rakyat Selangor khususnya masyarakat Jawa,” katanya.

Beliau ditemui pada program Visit MyKampung @ Homestay Kampung Sungai Lang Tengah di sini yang turut dihadiri isteri Dato’ Menteri Besar Datin Seri Masdiana Mohamad sempena sambutan berkenaan hari ini

reaction1 reaction1
0
views14
comment0
share0

Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1