logo
Aplikasi Berita Terbaik di Malaysia

Am : SPR nafi syarat vaksinasi lengkap bagi pemilih PRN Melaka

Politik

KUALA LUMPUR, 18 Okt  -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan vaksinasi lengkap adalah syarat untuk pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka seperti dilaporkan oleh beberapa agensi media hari ini.

SPR dalam kenyataan hari ini memaklumkan Garis Panduan Pencegahan (SOP) COVID-19 bagi pilihan raya itu masih belum dimuktamad.

Menurut SPR, SOP itu akan berpandukan pandangan serta nasihat Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Polis Diraja Malaysia dari semasa ke semasa. 

Terdahulu, SPR dalam satu sidang media mengumumkan 20 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka manakala tarikh penamaan calon ditetapkan pada 8 Nov dan pengundian awal pada 16 Nov.

-- BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan a

reaction1 reaction1
1
views9
comment0
share1

Cara Memasang Aplikasi Newswav
1. Imbas kod QR di bawah
1. Tekan butang di bawah
QR
2. Di App Store / Google Play, tekan butang Get / Install
guide 1
3. Pergi ke skrin utama, tekan Newswav
guide 1